Pernah kah anda mengalami situasi "tersepit?" I mean...dimana situasi membuatkan anda merasa serba-salah dan tersepit di perantaraan keadaan. Anda bukan seorang "hipokrit" tetapi kadang-kadang keadaan membuatkan anda menjadi seorang 'hipokrit' kerana anda sama sekali tidak mahu berterus terang atau pun takut sekiranya anda berbuat demikian, anda akan melukakan perasaan sesaorang. Orang itu akan merajuk, kecil hati atau marah. Haruskah anda meneruskan niat anda untuk tidak berkata apa-apa dan berbohong atau pun berterus terang biarpun "kejujuran" anda itu akan melukakan hati sesaorang..kehilangan sesaorang..menimbulkan kemarahan dan akhirnya (mungkin akan) mencetuskan permusuhan?
Bagaimana anda mengatasinya? Apakah jalan yg sebaik-baiknya?
Menjadi "hipokrit" kerana ingin menjaga hati ataupun menjadi seorang yg "jujur" (berterus-terang) walaupun it 'risk' your persahabatan & perhubungan..?
Siapakah diri anda sekiranye anda tersepit didalam situasi sedemikian?