Aku suka bila cuaca cerah dan berangin. Pancaran matahari yg memancar membuatkan jiwa dan hati aku tenang. Kepulan awan yg putih seperti kapas membuat aku ingin mencapainya. Indah bila direnung. Aku suka menikmati keindahan alam sambil menikmati udara segar.
Aku suka duduk tepi pantai. Melihat gelombang ombak membuatkan aku ingin berenang (tapi takut ada jaws..hehehe). Melihat kehijauan pokok dan bunga2 yg berada disekeliling membuat aku happy. Lambaian daun2 hijau (bila ditiup angin) seakan2 mengajak aku menari bersama. Aku mmg suka/cinta pada "nature." Dan apabila malam tiba, aku suka merenung langit dan melihat kerlipan bintang-bintang.
Aku suka naik bus (double-decker)bila keluar berjalan tapi tidak suka naik bus 'kodok' (single deck). Bus 'kodok' merimaskan bila ia sesak dan membuat aku mabuk dgn bau2 yg tidak diingini. Bus 'kodok' juga buat aku tidak kena gaya (bila aku duduk orang tu berdiri disebelah/hadapanku). Biarpun menaiki bus selalunye lambat sampai ke destinasi tetapi aku tetap suka menaikinya. Aku boleh tengok tv dan juga boleh mendengar musik(aku tak suka naik MRT kerana ia selalu sesak dan mempunyai tempat duduk yg mengadap2 (berhadapan dgn orang2). Merenung, memandang dan terpandang membuat aku 'blushing' dan tdk kena gaya. Action 'tido' satu2nya jalan utk mengelakkannya. Dan merenung lantai adalah kerja 'bodoh' yg akan aku lakukan.
Aku suka pada keindahan. Suka pada benda2 yg unik, cantik dan simple. Admire pada semua kecantikkan dan yg indah di pandangan mata. "Cantiknyeee" ..."lawanyeee" dan cutenyeee" are my common words.
Aku suka hari S A B T U. Satu-satunye hari yg aku paaaaaaling suka. Walaupun hari2 ku seperti hari Sabtu, tapi hari Sabtu tetap menjadi "pujaan hatiku"...hehehe. Hari paling 'best' utk bersantai bersama family, kawan2 atau berjalan sendirian.
Aku suka bangun pagi kerana setiap masa dan saat begitu berharga. Dan setiap kali aku membuka mata, aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku satu lagi hari untuk aku nikmati dan lalui. Mengizinkan aku utk merenung langit, menikmati keindahan alam, mendengar kicauan burung dan menanti hari-hari Sabtu yg akan tiba.
Aku sukaaaaa...........hehehehe
- Raven
No comments:
Post a Comment