Aku...
Kau...
Dia...
Mereka...
Kita kan sama? (so jangan nak step-mengada2!!!).
Mengapa...mengapa..mengapa...ehhhhhhhhh??? (tiba2 je lagu BDB termasuk dlm kepala aku...hehehe).
Haizzzzzzz...kenapa mesti ada benda2 dan sifat2 mcm ni? Bukankah kita ni sama2 manusia?
Kalau aku terluka...bermakna kau juga bole terluka. (Superman dan Wonder Woman...dorang tu itu fiction semata-mata...kuat & special dlm criter aje). Jikalau darah merah mengalir ditanganku...darah merah juga akan mengalir ditanganmu. Warna yg sama dari tangan yg hanya berbeza warna kulitnya.
Jika aku bisa mengeluarkan angin...begitu juga kamu. Kadang2 ada bau dan kadang tiada, tapi tiada...i repeat...tiada yg mengeluarkan bau "flower" (aku tau ini tidak sepatutnye masuk dlm senarai tapi bukankah ini fact?).
Jika aku mempunyai kesilapan, itu adalah kesilapanku (admit jgn tak admit). Aku..kau..dia..mereka...semua orang ada buat silap (bedek kalau takde...). President Clinton pun ada buat silap (see...president pun buat silap!!!) Tapi kalau dah tau silap masih nak buat lagi...(haaa...tu mmg nak kena 'smack' kat kepala).
Tiada kelebihan pada aku...tiada juga kelebihan pada kamu. Jika ada kelebihan pada diri kita, sebutlah"Alhamdullillah"...kerana itu adalah pemberian Allah.
Jika ada kekurangan pada diri aku..nescaya ada juga pada dirimu. Kerana aku percaya setiap insan ciptaannya tiada yg sempurna. Jangan sesekali kau pandang orang sebelah mata, kerana tuhan memberi kita dua belah biji mata (jadi gunakanlah sebaik2nya). Kassim Selamat tu lain...dia ada mata dan tak bole melihat, tapi hati dia mulia tauuuu!!!
Bongkak..sombong..meninggi diri...itu sema tiada faedahnya. Sebab 'confirm' kawan2 sema satu hari akan lari (see...my cat run!!).
Pangkat dan darjat...heyyyy...tu cuma panggilan aje! (sebab kat rumah kita tetap sama). Macam kata Sudin (dlm Ali Baba Bujang Lapok)...makan di pinggan, minum di cawan dan berak di jamban (opsssss...tu sudin tak kata...aku yg kata...hehehehe).
Mengutuk dan terkutuk...itu lain dan tidak sama. Mengutuk -"you better stop it eh..." dan lihat diri sendiri dicermin, nescaya akan nampak pekong didada. Terkutuk - itu mcm dlm cerita "Malin Kundang" dan "Si Tanggang" ("terkutuk kau Malin"...sappppp....malin kena sambar petir...).
So....beringatlah...bahwa aku...kau...dia...mereka...kita ni sema samaaaa..!!!
PS: Ini ilham tidak ada kena mengena pada yg hidup atau pun yg tiada. Sekiranya ada...ia ada secara kebetulan saja.
- Raven
No comments:
Post a Comment