Tuesday, April 1, 2008

I Know What You Did at Arnold's....

Hahahahaha....belum cerita je aku dah ketawa lagi. Apa yg nak aku share hari ni ialah tentang kejadian lucu yg berlaku ketika aku dan family pergi makan di Arnold's <<< perhatikan ejaan nama ni baik2 ye...

Seperti biasa selepas aje pesanan kami sampai aku pun sibuk memetik gambar. Petik gambar sana, petik gambar sini. Dah menjadi kebiasaan aku suka mengambil gmbar sebelum kami makan. Tapi apa yg nk aku nak sampaikan disini bukanlah pasal gmbar yg aku ambil, tapi tentang pasangan yg duduk disebelah kami.

Bukanlah niat aku nak 'kepo' tentang Makcik dan Pakcik ni tapi perhatian aku tertumpu kat mereka bila Pakcik(A) ni memulakan perbualannye dgn seorang teman yg kebetulan juga datang ke kedai makan tersebut. Selepas menyambut salam dari kawannye, Pakcik(A) pun berbual2 lah dgn kawannye yg duduk di meja sebelah. Pakcik(A) ni nampak 'rock' sikit la coz rambut nye panjang hingga mencecah bahu walaupun telah di ikat. Perbualan beliau juga agak kuat sehinggakan kami boleh mendengar setiap perbualan mereka (I guess bukan kami saja yg bole mendengar tapi orang2 yg dimeja lain juga bole). Dari perbualan beliau aku mendapat tahu yg Pakcik(A) ni dah 20 tahun tidak berkunjung ke Arnold's. Selepas berbual2 makanan yg beliau pesan pun tiba. Perbualan mereka terhenti di situ kerana Pakcik(A) dah nk start makan, manakala Pakcik(B)baru nk buat ordering.

Ketika aku dah family sibuk menjamu selera, tiba2 aku terdengar perbualan Pakcik(A) berbual dgn sesaorang di talipon bimbitnya (fuhhh...aku dah gunakan perkataan higher mother-tongue ni...). At first aku tak perasan tetapi bila my girl yg duduk disebelah aku dah tersenyum2 kambing, aku suspect mesti ada yg tidak kena. Seminit selepas tu aku pun terdengar apa yg my girl dengar....

Pakcik: Saya kat Geylang dgn orang rumah saya makan ayam kat Anold.

Mendengarkan kata2nye aku pun understand la kenapa anak aku tersenyum dari tadi. Aku pun action berbual2 dgn my gerl kerana tidak mahu Pakcik kat sebelah kami suspect yg kami ni dah 'spot' dia berbual. Kemudian aku terdengar lagi....

Pakcik: "Ohhhh...dah makan dah. Ahhh? takde la...saya makan 3 spring."

Kali ni aku terus menoleh ke arah beliau dan melihat pinggan makannye. Betol ke Pakcik ni mkn 3 spring ??? (sedangkan kami bertiga makan 1 spring je!!). 3 spring banyak dokkkk... 3 ekor tuu!! . Tenyata apa yg aku dengar dan yg dikatakan oleh Pakcik tu salah. Pakcik tu tak makan 3 spring chicken, tapi hanya makan 3 pcs chicken..hehehehe. Kali ni aku betol2 tak dpt menahan hati lagi. Saappppppp...aku pun berlindung disebelah hubby dan terus ketawa (nasib baik la hubby aku ni besar orangnye, dpt jugak aku berlindung kat sabelah beliau, kalau la dia pun kecik mcm aku...hmmmm...nampak2nye terpaksalah aku masuk bawah meja utk ketawa). My girl yg terlebih awal perasan apa yg berlaku tidak dpt menahan dirinye. Dia terus ketawa sambil menyucuk2 ayam yg kami makan dgn garpunye.

Suami aku yg tengah 'syoik' makan tidak perasan apa yg berlaku. Beliau memandang kami dan bertanya..."kenapa?" Aku cuma menggilingkan kepala dan berkata "later I tell you." Sejurus kemudian barulah my hub perasan apa yg berlaku apabila Pakcik tu menyebut 'anold-anold' beberapa kali.

Buat Pakcik tersebut...MAAF ye!! KAMI tak sengaja nak ketawa tapi dah terdengar. Walau bagaimana pun....."I know what you ate at Anold.. 3 Spring"...hahahahahahaha

Moral of the story 1: Jgn berbual kuat2 apabila sedang makan. Kerana ini akan menyukarkan sebutan yg ingin di sebut (arnold jadi anold...) dan orang akan dengar apa yg dibualkan.

Moral of the story 2 (buat aku): Lain kali kalo makan jgn kepo...pasang ear plug or ear piece, jadi bila orang bebual tak dengar...ahakkkkk!!!

No comments:

How do feel about your exams???!!!