Emak-ku seorang pesakit Demesia (dementia). Demensia adalah sejenis masalah penyakit yg berkaitan dgn daya ingatan yg disebabkan oleh kematian sel2 otak secara abnormal.
Hari-hari yg beliau lalui selalunye sama. Sekiranye cerita "50 first date" tu hanyalah cerita rekaan semata2, tetapi ini adalah "50 first day" bagi aku, kerana inilah yg benar2 berlaku dlm kehidupan seharianku. Selain sebutan "demensia" (nama scientific-nye) ia juga di kenali sebagai "senile" atau "nyanyuk" dikalangan kita. Beliau sudah berusia 78 tahun dan ini tidak mustahil jika penyakit ini ada pd beliau.
Hari Khamis adalah hari favourite emak aku. Another words.. satu2nye hari yg beliau ingat. Daya ingatan beliau begitu terhad dan perbualan/pertanyaan beliau selalunye sama (repeated question). Perkataan yg sering aku dengar dan perlu jawab adalah..."hari ini hari Rabu ke hari Khamis?". Biarpun beberapa kali aku explain dan sebutkan nama hari pd beliau (contohnye hari ini adalah hari Isnin) emak akan tetap bertanyakan hari ini hari apa? dan tetap akan mengatakan hari ini adalah hari Khamis. Bila tibanye hari Khamis, emak akan mengingatkan aku supaya membuka lampu lebih awal (se-awal 4 ptg). Kata2 yg paling sering/common yg aku dengar adalah..."malam ni malam Jumaat" (uhhhh..kekadang seram juga di-buatnye) .
Selain bertanyakan hari, emak juga tidak lari dari menyebut..."mak minta maaf!!" Pada awalnye aku pelik juga kenapa emak meminta-maaf bila setiap kali ingin melakukan sesuatu, tapi lama-kelamaan perkataan ini tlh menjadi lali (percakapan seharian beliau). Seperti..."mak minta-maaf, mak nak buang air".."mak minta maaf, mak nak ambil air".. "mak minta maaf, mak nak masuk tido".."mak minta maaf, mak nak tengok tv" dan "mak minta maaf, kucing tu jantan ke betina?". Pendek kata...setiap kata yg beliau sebut akan di dahului dgn "mak minta-maaf." Biar pun beberapa kali aku menerangkan pd beliau not to apologise or minta maaf (segalanye) tetapi ini sudah seperti salah satu dari perbualan/sebutan harian beliau (24/7). And this is difficult for me b'coz secara tidak langsung, sebutan/pertanyaan seperti ini akan menimbulkan salah faham/misunderstanding to others (sesetengah pihak).
Selain bertanyakan hari, meminta-maaf, ada juga pertanyaan2 dan sebutan2 lain yg common, repeatedly asked and do. Emak juga suka bermain pintu dan tingkap. Bila aku membuka tingkap, emak akan menutupnye dan vice-versa (bila aku membukanye). Dan bila aku menutup lampu, emak akan membukanye dan begitulah seterusnye..hehehe ; )
Sebagai anak yg bongsu dan satu2nye anak perempuan dlm family, aku bertanggung jawab dlm penjagaan beliau. Dan sebagai anak, isteri dan ibu.. at times this could be very tiring too (it's not easy as it seems though). Setiap hari aku harus memastikan diri aku stabil (berdoa agar diri aku sehat dan jgn jatuh sakit). Dan ini sama sekali tidak sama dari menjaga 5 orang anak. Aku boleh memukul/memarahi anakku seandainye mereka nakal atau tidak mendengar kata. While penjagaan orang tua lain ye, mengeluh dan merungut je dah jadi dosa. Selain pahala (seperti yg sering dikatakan bila sesaorang itu menjaga orang tua mereka) aku juga tidak lari dari melakukan/dpt 'dosa'. Sebagai hamba Allah (aku bukan malaikat) aku juga pernah mengeluh, merungut dan kadang kalanye marah (hipokrit sekiranye aku katakan yg aku tidak pernah marah)...tetapi aku tetap (cuba) melakukan dan memberi yg terbaik untuk emak (suami & anak) dan aku serahkan segalanye pada Allah s.w.t
Walau bagaimana pun aku bersyukur kerana selain penyakit demensia yg beliau alami, emak masih sihat (jauh dari penyakit kencing manis, darah tinggi dll penyakit).
http://www.dementia.com/bgdisplay.jhtml?itemname=dementia_about#What%20is%20dementia?
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Dementia
No comments:
Post a Comment