Thursday, November 20, 2008

Why So Serious? (hidup jgn terlalu serious...)

Hidup jgn terlalu serious. At times kiter kena ada sedikit humour...masa terluang untuk semua agar kita tidak merasa terlalu 'stress' or 'tertekan' dgn keadaan sekeliling. Haaaa....this is what I do when I have time (free time). I'd play cards with my daughter or sometimes with the whole family.

What kind da card I play

I play 'Donkey' with them...

I play "Happy Family"...

I play "Old Maid"...

and I play "Snap" too...

and these are all my cards (card ol skool ni...)

Plus.....

even Joker like to play card.

So.....why so serious?

- Raven

Sunday, November 16, 2008

U2 FANS

U23D
(REGIONAL PREMIER)
Date: 22 November 2008 (Saturday)
Time: 5.00 pm
Venue: GV Max Hall 2, Vivocity
Directed By: Catherine Owens & Mark Pellington
Release Date: 22 February 2008 (UK)
Genre: Documentary Music
Running Time: 85 min
Production Company: 3Ality Digital Entertainment
Distributed By: National Geographic Entertainment

U2 3D – the first digital 3D, multi-camera, real-time production – reflects the band's long-standing embrace of technology, its recognition that digital 3D isn't a developing platform – it's fully here – and its belief that “U2 3D” has the potential to be as revolutionary for digital 3D as “The Jazz Singer” was for talkies. Marrying advanced digital 3D imagery and 5.1 Surround Sound with the unique excitement of a live U2 concert, U2 3D takes viewers on an extraordinary cinematic journey, a quantum leap beyond traditional concert films. The film portrays the passionate reactions of 80,000 fans from nine digital 3D camera systems as well as the exuberant on-stage dynamic between U2's Bono, The Edge, Adam Clayton and Larry Mullen Jnr, as they incite and inspire their massive audience.

http://www.u23dmovie.com

Ticket sales start this Friday, 14 November 2008. While stock lasts.


WHERE TO BUY:

NTUC Customer Service Center
No.1 Marina Boulevard #B1-01 One Marina Boulevard Singapore 018989
Nearest MRT Station: Raffles Place
Opening Hours: Mon - Fri: 9am - 6pm
Saturday: 9am - 2.30pm
Closed on Sundays and Public Holidays

Note: Kindly present your member card prior to purchase & collection of tickets.
For details, call our Customer Service hotline at 6213 8008 for further enqueries.

Monday, November 10, 2008

Can I have ur number?

Pada malam Sabtu kelmarin ada tiga orang wanita sedang berbelanja di shopping centre yg terletak di Serangoon Rd. Setelah hampir satu jam mereka di sana tiba2 wanita no.2 berkata.."eh korang tunggu kat sini kejap, aku nak pergi tingkat 2 kejap cari something...kejap aje!" kata wanita tersebut kepada kawan2nye. Sambil bergegas wanita tersebut pun menuruni tangga ketingkat bawah. Dlm kepala otak beliau masih tercari-cari dept yg ingin di tuju. "Minyak-wangi...minyak wangi"...dlm hatinye berbisik. Sambil berlari2 anak..matanye masih mencari. "Haaaaa...tu dia!!" bisik hatinye sambil tersenyum. "Kalau dah sampai kat minyak wangi pasti tempatnye tidak jauh dari sini" bisik hatinye lagi.

Wanita no.2 tu pun menghampiri dept tersebut. Matanye terus mencari dvd yg nak beliau beli. Hahahahaha...rupa2nye bukan minyak wangi yg beliau cari tapi dvd hindustan yg nak dibeli. Maklumlah...dgn mengingati dept minyak wangi sajalah yg boleh mengingatkan beliau pd dept tersebut (dept side by side). Wanita no.2 tu pun mula mencari dvd yg nak beliau beli. Satu persatu beliau 'flip' dan kemudian berhenti seketika. "Takde kat sini...maybe kat sana agaknye" kata beliau sambil beralih ke shelving lain. Sedang beliau membelek2 dvd yg dipegangnye...ekor matanye tiba2 terperasan yg dirinye sedang di perhati. "Hmmmm...apa hal pulak mamak ni tengok aku?" bisik hatinye. Wanita tersebut kemudiannye beralih ke shelving lain pula (kali ni beliau ke dvd cerita ompotih pulak!!). Ternyata beliau masih di ekori. Wanita tersebut cuba mencuri pandang utk memastikan yg beliau tidak tersilap. "Haaa...betul lah mamak ni ikut aku" bisik hatinye. "Ini mesti security kat tempat ni...apa dia ingat aku nak curi dvd kat sini ke apa?"...runggut wanita tersebut perlahan. Dgn perlahan wanita tersebut berjalan menuju ke tempat lain. 'Haizzzzz...leceh betul lah...nak tengok barang pun susah" runggut wanita tersebut sambil meniggalkan tempat tersebut dan berjalan menaiki tangga ke tingkat tiga (dimana kawan2nye berada). Bila saja beliau ternampak kawannye beliau pun berkata "gerl...tadi ada satu mamak ikut aku. Dia ingat aku nak curi barang agaknye. Mana aku pergi dia ikut...aku rasa mata2 lah!!" kata wanita itu pada kawannye. Wanita no.2 itu begitu yakin sekali yg lelaki india yg mengekori beliau adalah mata2 yg berkerja di tempat itu. Sedang beliau merungut..tiba2 mamak itu melintasi dihadapan beliau. "Haaaa...tengok ni...dah nk satu trolley aku beli barang kat sini...jgn kau ingat aku nak curi barang kau" bisik hatinye perlahan. Wanita no.2 begitu marah dgn kelakuan mamak yg mengekori beliau tadi. Sejurus kemudian...bayang lelaki india yg mengekori beliau pun hilang dari pandangan.

Ketiga2 wanita tersebut pun terus menjalankan 'mission' mereka berjalan sambil melihat2 barang yg berada di kawasan tersebut. "Gerl...ko tunggu kat sini kejap...aku nak beli makanan anak aku" kata wanita no.2 ni lagi (hmmmmm...wanita no.2 mmg tak tau dok diam...ada je tempat yg beliau nak singgah). Kali ni beliau ke tempat makanan kucing pula. Rupa2nye beliau nak cari makanan utk kucing kesayangannye. Sedang beliau membelek2 flavour di tin tersebut, tiba-tiba mamak yg kat tingkat 2 tu bersuara "hi" katanye perlahan. Wanita no.2 tu terhenti sekejap. "Hiii..." bisik lelaki mamak tu lagi. Berderau darah wanita tersebut. Beliau kemudian menoleh dan memandang lelaki india itu (mcm tak percaya apa yg beliau dengar). "Can I have your number?" mamak itu bertanya. Dengan suara yg tersekat2 wanita tersebut pun berkata..."no...you can't have my number." Lututnye dah mula 'shaking' (dia anjat gerl2 agaknye). "I just want to be your friend" kata mamak tu lagi dgn berani. Dgn tersipu2 mcm kambing wanita tersebut pun berkata lagi..."sorry, I'm married" dan terus gostan perlahan2. Dlm kepala otak beliau mula berkata..."mana kawan aku ni?" Mamak ni pulak seems mcm tak faham dan berkata lagi..."i just want your number." "No...you can't!!!" kata wanita tersebut dan zappppppppppppp!!!...dgn sekelip mata aje beliau dan berdiri di sebelah rakan2nye (dia lari mcm superman dahhhh!!!). "Gerl...mamak tu bukan security lah. Tadi dia approached aku mintak number" katanye pd wanita no.3 seakan tak percaya. Apa taknye...dari awal lagi beliau sangkakan yg lelaki tersebut security yg berkerja di shopping ctr tersebut, rupa2nye lain sangkaan beliau. "Bilang aku mamak mana yg tengok kau? aku nak maki muka dia....kong ajar...nak menggatal pulak!!!" kata wanita no.3 dgn nada marah (si dek ni mmg garang orgnye). While teman mereka yg lagi satu tu (wanita no.1) cuma mendengarkan saja rungutan kawannye yg garang mcm singa tu. Wanita yg no.2 terus berjalan sambil toleh sana dan sini (dia takut tuuu..). "Gerl...aku tak nak pegi jauh2 lagi ar...aku nak stick ngan korang...seram seh!" kata wanita no.2 pada kawannye...hehehehe.

Lepas tu nak tau apa terjadi? Lelaki mamak tu dah hilang dari pandanagn. Mungkin beliau 'paisey' kerana permintaan beliau ditolak. Atau mungkin juga beliau takut? Hmmmmm....walau apa pun yg beliau rasa....biarkan lah!!!

Akhirnye...ketiga2 wanita tersebut pun dpt lah shopping dgn amannye sebelum mereka memutuskan utk pulang.

- Raven

Moral of the story: lain kali nak shopping jgn ye-ye nak jln sorang2. Ikut kawan agar tidak di tegur dgn orang yg tidak di kenali >>> peringatan dah macam budak umur 7 tahun...hehehehe

Wednesday, November 5, 2008

Lemak Sayur Turi...

Lemak sayur turi..ikan goreng dan sambal belacan. Di makan dgn nasi putih panas-panas!!

Aduhhhhh...power tak terkata . Boleh menjilat tapak tangan dibuatnye (if ayam KFC menjilat jari...yg ini menjilat tapak tangan lah!)..hehehehe. Ini lah lauk 'kampung' yg sungguh menyelerakan. Lauk yg membuatkan nasi di tambah berkali-kali sehinggakan jiran sebelah lalu di depan pun aku tak sedar.

Sayur turi ni susah sikit nak kita jumpa di supermarket. Nak membelinye kenalah kita pergi ke wet market, barulah bole kita jumpa. And I believe tak semua rumah ada wet market yg berhampiran (mcm rumah aku!). Aku mmg favourite lauk pauk ala 'kampung' ni. Apabila 'side-kicknye' yg bernama sambal belacan ada sama....haaaaaaaaa...alamat jadi "ninja turtle" lah aku.

Cara menyiang (memetik/membersihkan) sayur turi ni pun mudah jika ingin di bandingkan dgn sayur2 yg lain. Aku tidak perlu menggunakan pisau utk memotong/menyiangnye. Tapi 'AWASSSS'... disebalik kemudahan memetik sayur turi ni pula...ada sesuatu yg tersembunyi di sebalik daun-daunnye yg kita tidak tahu atau perasan. Nak tahu apa dia?

Inilah dia...teman setia yg sentiasa jadi penghuni atau kawan baik sayur berkenaan. Ia itu 'ulat jengkal' (caterpillar eh?). Eikkkkkkkk....ulat ni lah yg buat aku selalu bersilat ketika menyiang sayur turi ni. Kalau dulang or besin tak terbalik...dah kira baik lah tu!

Jadi...utk mengatasi masaalah terpegang ulat berkenaan aku pun buat 'tektik' baru. Cara mudah lagi selamat. Ia itu dgn menggunakan 'sarung tangan' plastic.

Haaaaa..mudah tak? Macam ni...masalah 'ulat jengkal' dah tak jadi problem/masaalah aku lagi. Aku boleh duduk tanpa perlu terjun kerusi or bersilat ketika menyiang sayur tersebut.

Hmmmmm...sekarang lauk lemak sayur turi aku pun dah siap di masak.

Jemput makan semua???

- Raven

Monday, July 14, 2008

Suara siapa tuuu???

Setiap pagi seperti biasa selepas menghantar my girl to school, aku akan singgah sekejap untuk bersarapan di kedai kopi yg terletak berhampiran dgn rumahku. Kedai kopi ni dibuka 24hrs...so tak lah kisah sangat pukul berapa aku sampai di sana. Selepas bersarapan, kira2 jam 6:35am, aku singgah pula di Prime Supermarket untuk membeli makanan kucingku yg sudah habis.

Beginilah yg aku lakukan setiap pagi seandainye my girl bersekolah dan hubby berkerja. Aku akan duduk sebentar di kedai kopi ataupun Mc Donald (dgn bertemankan radio di hp ku) utk bersarapan pagi. Selain bersarapan aku sebenarnye takut nk balik kerumah sebelum terang tanah. Hmmmmm...jgn lah tanye kenapa aku takut nk balik kerumah seawal itu...kerana aku punya 'reason' kenapa aku takut nk balik kerumah sebelum terang tanah. Dipendekkan cerita...aku takut dgn suasana gelap!!!

So...selepas berbelanja di Prime aku pun berjalan kaki pulang ke rumah. Sampai saja di hadapan pintu, aku pun menanggalkan earpiece yg berada ditelingku. Pagar pintu ku buka. Tiba-tiba aku terdengar suara bisikan yg begitu perlahan sekali. Aku menoleh kebelakang dan melihat sekelilingku. Tiada sesiapa. Kemudian diikuti dgn daun pintu (main door atau pintu besar). Selepas memberi salam (walaupun di dlm rumah tiada orang, inilah amalanku bila memasuki rumah)..aku pun masuk kedalam. Sekali lagi suara seakan berbisik kedengaran di telingaku. Lagi sekali aku menoleh dan lihat disekelilingku...again...tiada sesiapa

Bulu tengkok ku mula 'meremang' (berdiri) dan aku cuba beranikan diri menutup pagar pintu. Kalau nk di ikutkan perasaan takutku, mahu saja aku lari, tapi jam ditangan sudah menunjukkan pukul 7:10 pagi. Keadaan sekeliling pun sudah terang benderang. So aku cekalkan diri dan melawan perasaan takutku

Sedang aku meletakkan barang2 di atas dapur...sekali lagi aku terdengar suara halus seakan bercakap2 dibelakangku. Dgn pantas aku menoleh kearah suara yg berbisik itu...kemudian...........

Darn...macam2 perkataan dan sumpah terkeluar di mulutku. Rupa2nye suara bisikan yg aku dengar tu dtgnye dari ear-piece yg aku tarukkan(letakkan) di bahuku ketika mahu membuka pintu tadi. So all this while suara bisikan yg aku dengar tadi datangnye dari suara radio/dj berbual....hahahahahahahaha.

Bodoh-kan?????????

Jgn marah haaaaaaa.....

- Raven

Moral of the story: Kalau dah penakut tu penakut jugak...mcm2 bole terjadi...sehinggakan suara radio bole disangkakan sebaliknye!!!

Sunday, June 22, 2008

Makanan Keluaran Apollo HARAM dimakan !

Kepada semua pengguna2 Muslim,

Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan di TV. Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.

Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untuk anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut).

Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?

Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorang satu. Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg tertera pada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.

Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi Emulsifier 471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur babi. Astaghfirullah...Astaghfirullah... Astaghfirullah.. banyak kali saya beristighfar, kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.

Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO HARAM DIMAKAN !

Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini.. Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus APOLLO tersebut...

Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg telah termakan benda haram ni...

Emulsifiers yg HARAM:
120,141,160(A),
161,252,300,301,422,430,431,434,435,436,441,470,471,472
(AE),473~477,481~483,491,494,542,570,631,635,920 beur & RENNET...


Regards,

Mama
Rawang

PS: Artikel ini aku dpt melalui email - Raven



Tuesday, May 20, 2008

Tak Geng...mcmana ni?!!

Seandainye ada sesiapa yg tahu mcm mana nak solvekan tis problem...aku amat2 berterima kasih.

My two 'adorable' gerlz tak geng satu sama lain. Haaaaaaaaaaa....pelik kan? Yuppp...aku pun tengah pelik bercampur binggung ni???!!!

Serious. Si kakak (betty) tak bertegur (geng) dgn si adik (betsy). Puncanye begini....

Semalam pagi waktu si adik tengah "membuang'' kat toilet, si kakak pergi jatuhkan galah (bamboo pole). Bila galah tu jatuh, si adik pun terkejut dan lari 'lintang pukang' dari toilet kerana terperanjatt 'beruk'. So...abis lah kaki dan punggungnye kena najisnye sendiri. Tanpa lengah lagi aku pun terus grabbed si adik dan terus mandikan (coz dah half body kotor). Bila si adik keluar dari toilet, bau originalnye dah takde tapi sebaliknye berbau shampoo. Si kakak terus jadi marah dan seakan2 tak kenal pd adiknye. Setiapkali si adik dekat dgn si kakak....si kakak akan marah (muka bengis sekali). Hubby pulak suruh aku mandikan si kakak kerana menurutnye si kakak akan bau sama dgn si adik. Aku pun mandikan lah si kakak, and now dua2 tak geng. Aku ingatkan problem solve bila dua2 dah kena mandi tapi jadi teruk pulak! Kakak tengok si adik jadi marah and si adik tengok si kakak jadi marah juga.

Is it true yg kucing2 ni rupanye kenal each other melalui bau dan bukan rupa dan suara?. Sebelum ni aku ada juga pelihara kucing, tapi tak pernah tak timbul masaalah macam ni. Now bila dua-dua dah 'tak geng' aku jadi risau pulak

Seandainye sesiapa yg pernah mengalami masaalah mcm ni or tahu macamana nak solve prob mcm ni....pls...pls....let me know. Aku tak mahu 'budak-budak' ni jadi musuh or bergaduh berpanjangan ....tak bestkan???

Terima kasih

- Raven

Thursday, May 1, 2008

Aku suka...

Aku suka bila cuaca cerah dan berangin. Pancaran matahari yg memancar membuatkan jiwa dan hati aku tenang. Kepulan awan yg putih seperti kapas membuat aku ingin mencapainya. Indah bila direnung. Aku suka menikmati keindahan alam sambil menikmati udara segar.

Aku suka duduk tepi pantai. Melihat gelombang ombak membuatkan aku ingin berenang (tapi takut ada jaws..hehehe). Melihat kehijauan pokok dan bunga2 yg berada disekeliling membuat aku happy. Lambaian daun2 hijau (bila ditiup angin) seakan2 mengajak aku menari bersama. Aku mmg suka/cinta pada "nature." Dan apabila malam tiba, aku suka merenung langit dan melihat kerlipan bintang-bintang.

Aku suka naik bus (double-decker)bila keluar berjalan tapi tidak suka naik bus 'kodok' (single deck). Bus 'kodok' merimaskan bila ia sesak dan membuat aku mabuk dgn bau2 yg tidak diingini. Bus 'kodok' juga buat aku tidak kena gaya (bila aku duduk orang tu berdiri disebelah/hadapanku). Biarpun menaiki bus selalunye lambat sampai ke destinasi tetapi aku tetap suka menaikinya. Aku boleh tengok tv dan juga boleh mendengar musik(aku tak suka naik MRT kerana ia selalu sesak dan mempunyai tempat duduk yg mengadap2 (berhadapan dgn orang2). Merenung, memandang dan terpandang membuat aku 'blushing' dan tdk kena gaya. Action 'tido' satu2nya jalan utk mengelakkannya. Dan merenung lantai adalah kerja 'bodoh' yg akan aku lakukan.

Aku suka pada keindahan. Suka pada benda2 yg unik, cantik dan simple. Admire pada semua kecantikkan dan yg indah di pandangan mata. "Cantiknyeee" ..."lawanyeee" dan cutenyeee" are my common words.

Aku suka hari S A B T U. Satu-satunye hari yg aku paaaaaaling suka. Walaupun hari2 ku seperti hari Sabtu, tapi hari Sabtu tetap menjadi "pujaan hatiku"...hehehe. Hari paling 'best' utk bersantai bersama family, kawan2 atau berjalan sendirian.

Aku suka bangun pagi kerana setiap masa dan saat begitu berharga. Dan setiap kali aku membuka mata, aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku satu lagi hari untuk aku nikmati dan lalui. Mengizinkan aku utk merenung langit, menikmati keindahan alam, mendengar kicauan burung dan menanti hari-hari Sabtu yg akan tiba.

Aku sukaaaaa...........hehehehe

- Raven

Thursday, April 24, 2008

Just For Laugh!


Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said,
"My Mobile No. Has changed. Earlier it was Nokia 3310 . Now it is 6610"

====================================
Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.
Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

==========================================
Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

===========================================
Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

=========================================
Ah Beng : People consider me as a "GOD"
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,
Oh GOD! U have come again.

===========================================
Ah Beng complained to the police: "Sir, all items are missing, except the TV in my house."
Police: "How the thief did not take TV?"
Ah Beng : "I was watching TV news..."

=========================================
Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying "Parking Fine"
He Writes a note and sticks it to a pole "Thanks for compliment."

=============================================
How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.

===============================================
Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.
So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot.

==================================================
Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and says "Hello, how did you know I was here?"

===================================================
Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?

===================================================
Teacher: "I killed a person" convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is "u will go to jail"

=====================================================
Ah Beng told his servant: "Go and water the plants!"
Servant: "It's already raining."
Ah Beng : "So what? Take an umbrella and go."

=====================================================
A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not
in the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AMs

Wednesday, April 23, 2008

Where is my trolley?

This happened couple of years ago when I'm working at this furniture company. Heard about 'it' many times over the year while working there. But never took it seriously (because the more you think about it the more it scares you..get what I mean?).

Warehouse is always a scary place to me. With huge boxes and big pallets on top of the shelving, the place can be soooo eerieeee too when no one around. The atmosphere enough to make the back of our neck stands whenever you are alone. Agree?

Big frames..small frames..posters and cookshop items were all located at 3rd floor. While all the big furnitures located at 5th floor. Rumour has it. They say 5th floor is more 'keras' than the 3rd floor. Never go there alone after 6pm (because you may have unwanted 'company' and see 'flying' plant pot jumping down the shelves). Worse still....the 'kakak' will approach you!!!

I will not step my feet on 5th floor without being company by the logistic people (or colleague). And to make the story short...........it happened one day on 3rd floor....hehehehe.

I went to the 3rd floor because a customer want a 140 x 200cm pict frames. Damn...I never liked this pict frame (b'coz it's bigger than me). Many times I received a 'compliment' from customers as the 'walking frames'...hehehehe. Beside hate that pict frame I also hate going to the warehouse alone. Seeing all stocks being placed high up above me..it always scare me (afraid it fall on top of me). So on that particular day, somewhere around 6:30pm I went there all by myself. I took a flat trolley at the loading bay and made my way up to the 3rd floor. When the lift door opened, I'd saw few logistic staffs busy doing their job (loading/unloading the stocks). Fuhhhhhh..I'm not alone after all. I'd smile as I walked passed them and pushing my flat trolley.

As soon as I reached the frames area, I saw lots of cartons and boxes stack up on the pallets (blocking the frames). I had no choice but to leave the trolley at the side and climb up the boxes (to go across). So I climbed up the boxes and pulled the frame out. Waaalaaaaaa...there it goes. I managed to carry it out by pushing it bit by bit. And when I turned to put the frame..............it's gone. My big flat trolley disappear in thin air. Within a few sec it was gone leaving no trace of being pull or push by other people. I walked a few steps ahead to check...nothing. It wasn't there. I went to the lift and asked the guy if they saw or took my trolley? None of them took it or see any flat trolley around. And the best part is when I asked one of them (the guy whom I smile at while passing by). Haaaaaaaa....a friendly smile eh and not seducing kinda smile...hehehehe. And you know what he said? He didn't see any trolley around (nor push it) and what shocked me most is when he said..."I never see you push any trolley when you walked out of the lift."

"Mak datuk" ???(kan perkataan melayu aku dah terkeluar....hehehe). What is he trying to say here? I walked out of the lift empty handed? Biar betollllllll..!!!

It's okay if my trolley gone. I don't mind going back down to get another trolley and bring it up, but what kind of 'bull-shit' is he talking about? Saying that I'm walking out of the lift empty-handed??? Nope...I'm not mad with the guy because I knew he was telling the truth. I would've notice if someone took or pushed my trolley away (because a trolley will make sound when it move on uneven surface/floor). It just that the 'thing' wanna play hide and seek with me.

So I went down again to get another trolley and make sure that this time my trolley has no legs....hahahahaha.

PS: Until now (to think of it) I wonder if my trolley really disappear or if the trolley is the............tu-tu-tu-tu-tu-tu (twilight zone theme).

You tell me....

- Raven

A Dead Rat

As usual...after I send my gerl to school, I went to Kopitiam for breakfast (butter-kaya toast with kopi 'katai'). Then I went to 'this' supermarket to buy some french bean and chicken sausage (for me to cook later). While heading the the frozen area, I saw a dead rat under the shelves near the can foods. Of coz it shocked me because I would've accidently step or kick it. I'm not afraid of rats but it might scare others people who afraid of this little "Ben."

So while paying for my stuffs.. I'd alert the cashier about the dead rat. Apparently...no reaction from her!!!

Thought maybe she didn't hear me, I'd repeat again and even pointed to the area and we even made an eyes contact. But she didn't seems to care or say anything. Then I heard..."ching-chong...ching-chong" (a conversation she made with her colleague). Her colleague then looked at me like 'I am the dead rat'.

I didn't say anything after that as I just grabbed my stuff and walked away. Both eyes still looking at me when I made my way in (to go back inside the store) to shot this picture (of coz no one saw me when I took this pic..hehehe).

No...I'm not trying to be 'kay-poh' but just being friendly by letting the cashier know about the dead rat b'coz it might scare hell out of other people who's afraid of 'little ben'.

As I walked out the supermarket...I'd felt "stupid" ...more than the stupid cashier itself!!!

Moral of the story: ??? or "shut-up zakiah..M.Y.O.B next time!

- Raven

Monday, April 21, 2008

About last night.....

Last night while resting (after studying all day) mom came out and took our pictures...

"Betty wake up..mom is here to take our pic"

"Do you hear me?"

"Heyy..i said wake-up u fool !! "

"Hey betty are you ok? Ohh ok..i can hear ur heart beat"..sighhhh!!! (sigh of relieve.. =)

Sunday, April 20, 2008

Bole tolong tak?

Hi MP frenz...

Sesiapa yg sudi menghulurkan bantuan pada saya yg amat memerlukan bantuan anda ketika ini, sangat2 la saya menghargainye.

Telah lama saya mencoba utk DOWNLOAD lagu2 di Emeem...tetapi hingga sekarang tak pas-pas...haizzzzz.

Suspen tak? hahahahaha...suspenkan? Hehehehe...sorry ah...saya gurau je!! (di pagi Isnin ni....). Jangan marah

Honestly..... dah berjam-jam saya duduk kat kerusi ni dan berpeluh2 saya cuba utk memasukkan lagu di site saya ni, tapi tak berjaya. Seandainye tuan dan puan ada masa 'free'...tolonglah ajar saya bagaimana nak masukkan lagu (coz lagu kat emeem banyak dan gerek-gerek).

Pertolongan anda sangat-sangat saya HARGAI..... (deep in my heart).

Sekian......terima kasih!

- Raven

Wednesday, April 16, 2008

Pantun Si Selamat

After the toilet break, the search goes on.....

Di suatu malam sunyi sepi
Polis menerima maklumat terkini
Seorang lelaki sedang bersembunyi
Dalam hutan simpanan Macritchie

Polis mengambil tindakan segera
Ratusan anggota bersiap sedia
Kawasan dikepung serta merta
Pasukan anjing dibawa bersama

Pihak polis membuat andaian
Lelaki tersebut seorang buruan
Telah lari dari tahanan
Sudah menghilang hampir sebulan.

Kawasan hutan terus diredah
Semak dan samun semua digeledah
Helikopter peninjau turut dikerah
Pasukan keselamatan semakin bertambah.

Di suatu kawasan yang banyak liku
Polis menjumpai satu garpu
Anjing pengesan disuruh hidu
Menjejaki arah orang yang diburu.

Akhirnya lelaki dapat dikesan
Masih bersemadi di tempat persembunyian
Di pondok usang yang tidak berbumbung
Kawasan pondok terus dikepung

Polis melaungkan kata amaran
Jangan cuba hendak melawan.
Menyerah diri sebaik pilihan
Itu saja satu-satunya jalan.

Anggota keselamatan diberi arahan
Jangan lepaskan sebarang tembakan.
Supaya buruan dapat ditawan
Tanpa sebarang jiwa terkorban.

Buruan keluar dari persembunyian.
Sambil mengangkat kedua tangan
Menyerah diri meminta kasihan
Garfu di tangan tidak dilepaskan.

Pihak polis merasa hairan
Garfu yang dijumpa apakah kaitan?
Kelihatan sama jika dibandingkan.
Polis melontarkan satu soalan.

"Are you Mas Selamat?"

Lelaki menjawab :

"No, I am not Mas Selamat, I am Kassim Selamat"
"I still love my wife, Sabariah"
"But she is now married to Dr Ismadi"
"This is all because of Ibu Mertuaku"
"I am heart-broken. I want to become blind again"
"I want to poke my eyes with two forks, but I lost the other fork" "I
have been searching for it since afternoon......!!"


Hahahaha.......



Emak ku pesakit Demensia

Emak-ku seorang pesakit Demesia (dementia). Demensia adalah sejenis masalah penyakit yg berkaitan dgn daya ingatan yg disebabkan oleh kematian sel2 otak secara abnormal.

Hari-hari yg beliau lalui selalunye sama. Sekiranye cerita "50 first date" tu hanyalah cerita rekaan semata2, tetapi ini adalah "50 first day" bagi aku, kerana inilah yg benar2 berlaku dlm kehidupan seharianku. Selain sebutan "demensia" (nama scientific-nye) ia juga di kenali sebagai "senile" atau "nyanyuk" dikalangan kita. Beliau sudah berusia 78 tahun dan ini tidak mustahil jika penyakit ini ada pd beliau.

Hari Khamis adalah hari favourite emak aku. Another words.. satu2nye hari yg beliau ingat. Daya ingatan beliau begitu terhad dan perbualan/pertanyaan beliau selalunye sama (repeated question). Perkataan yg sering aku dengar dan perlu jawab adalah..."hari ini hari Rabu ke hari Khamis?". Biarpun beberapa kali aku explain dan sebutkan nama hari pd beliau (contohnye hari ini adalah hari Isnin) emak akan tetap bertanyakan hari ini hari apa? dan tetap akan mengatakan hari ini adalah hari Khamis. Bila tibanye hari Khamis, emak akan mengingatkan aku supaya membuka lampu lebih awal (se-awal 4 ptg). Kata2 yg paling sering/common yg aku dengar adalah..."malam ni malam Jumaat" (uhhhh..kekadang seram juga di-buatnye) .

Selain bertanyakan hari, emak juga tidak lari dari menyebut..."mak minta maaf!!" Pada awalnye aku pelik juga kenapa emak meminta-maaf bila setiap kali ingin melakukan sesuatu, tapi lama-kelamaan perkataan ini tlh menjadi lali (percakapan seharian beliau). Seperti..."mak minta-maaf, mak nak buang air".."mak minta maaf, mak nak ambil air".. "mak minta maaf, mak nak masuk tido".."mak minta maaf, mak nak tengok tv" dan "mak minta maaf, kucing tu jantan ke betina?". Pendek kata...setiap kata yg beliau sebut akan di dahului dgn "mak minta-maaf." Biar pun beberapa kali aku menerangkan pd beliau not to apologise or minta maaf (segalanye) tetapi ini sudah seperti salah satu dari perbualan/sebutan harian beliau (24/7). And this is difficult for me b'coz secara tidak langsung, sebutan/pertanyaan seperti ini akan menimbulkan salah faham/misunderstanding to others (sesetengah pihak).

Selain bertanyakan hari, meminta-maaf, ada juga pertanyaan2 dan sebutan2 lain yg common, repeatedly asked and do. Emak juga suka bermain pintu dan tingkap. Bila aku membuka tingkap, emak akan menutupnye dan vice-versa (bila aku membukanye). Dan bila aku menutup lampu, emak akan membukanye dan begitulah seterusnye..hehehe ; )

Sebagai anak yg bongsu dan satu2nye anak perempuan dlm family, aku bertanggung jawab dlm penjagaan beliau. Dan sebagai anak, isteri dan ibu.. at times this could be very tiring too (it's not easy as it seems though). Setiap hari aku harus memastikan diri aku stabil (berdoa agar diri aku sehat dan jgn jatuh sakit). Dan ini sama sekali tidak sama dari menjaga 5 orang anak. Aku boleh memukul/memarahi anakku seandainye mereka nakal atau tidak mendengar kata. While penjagaan orang tua lain ye, mengeluh dan merungut je dah jadi dosa. Selain pahala (seperti yg sering dikatakan bila sesaorang itu menjaga orang tua mereka) aku juga tidak lari dari melakukan/dpt 'dosa'. Sebagai hamba Allah (aku bukan malaikat) aku juga pernah mengeluh, merungut dan kadang kalanye marah (hipokrit sekiranye aku katakan yg aku tidak pernah marah)...tetapi aku tetap (cuba) melakukan dan memberi yg terbaik untuk emak (suami & anak) dan aku serahkan segalanye pada Allah s.w.t

Walau bagaimana pun aku bersyukur kerana selain penyakit demensia yg beliau alami, emak masih sihat (jauh dari penyakit kencing manis, darah tinggi dll penyakit).

http://www.dementia.com/bgdisplay.jhtml?itemname=dementia_about#What%20is%20dementia?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Dementia

Thursday, April 10, 2008

Aku..Kau...Dia...

Aku...

Kau...

Dia...

Mereka...

Kita kan sama? (so jangan nak step-mengada2!!!).

Mengapa...mengapa..mengapa...ehhhhhhhhh??? (tiba2 je lagu BDB termasuk dlm kepala aku...hehehe).

Haizzzzzzz...kenapa mesti ada benda2 dan sifat2 mcm ni? Bukankah kita ni sama2 manusia?

Kalau aku terluka...bermakna kau juga bole terluka. (Superman dan Wonder Woman...dorang tu itu fiction semata-mata...kuat & special dlm criter aje). Jikalau darah merah mengalir ditanganku...darah merah juga akan mengalir ditanganmu. Warna yg sama dari tangan yg hanya berbeza warna kulitnya.

Jika aku bisa mengeluarkan angin...begitu juga kamu. Kadang2 ada bau dan kadang tiada, tapi tiada...i repeat...tiada yg mengeluarkan bau "flower" (aku tau ini tidak sepatutnye masuk dlm senarai tapi bukankah ini fact?).

Jika aku mempunyai kesilapan, itu adalah kesilapanku (admit jgn tak admit). Aku..kau..dia..mereka...semua orang ada buat silap (bedek kalau takde...). President Clinton pun ada buat silap (see...president pun buat silap!!!) Tapi kalau dah tau silap masih nak buat lagi...(haaa...tu mmg nak kena 'smack' kat kepala).

Tiada kelebihan pada aku...tiada juga kelebihan pada kamu. Jika ada kelebihan pada diri kita, sebutlah"Alhamdullillah"...kerana itu adalah pemberian Allah.

Jika ada kekurangan pada diri aku..nescaya ada juga pada dirimu. Kerana aku percaya setiap insan ciptaannya tiada yg sempurna. Jangan sesekali kau pandang orang sebelah mata, kerana tuhan memberi kita dua belah biji mata (jadi gunakanlah sebaik2nya). Kassim Selamat tu lain...dia ada mata dan tak bole melihat, tapi hati dia mulia tauuuu!!!

Bongkak..sombong..meninggi diri...itu sema tiada faedahnya. Sebab 'confirm' kawan2 sema satu hari akan lari (see...my cat run!!).

Pangkat dan darjat...heyyyy...tu cuma panggilan aje! (sebab kat rumah kita tetap sama). Macam kata Sudin (dlm Ali Baba Bujang Lapok)...makan di pinggan, minum di cawan dan berak di jamban (opsssss...tu sudin tak kata...aku yg kata...hehehehe).

Mengutuk dan terkutuk...itu lain dan tidak sama. Mengutuk -"you better stop it eh..." dan lihat diri sendiri dicermin, nescaya akan nampak pekong didada. Terkutuk - itu mcm dlm cerita "Malin Kundang" dan "Si Tanggang" ("terkutuk kau Malin"...sappppp....malin kena sambar petir...).

So....beringatlah...bahwa aku...kau...dia...mereka...kita ni sema samaaaa..!!!

PS: Ini ilham tidak ada kena mengena pada yg hidup atau pun yg tiada. Sekiranya ada...ia ada secara kebetulan saja.

- Raven

Tuesday, April 1, 2008

I Know What You Did at Arnold's....

Hahahahaha....belum cerita je aku dah ketawa lagi. Apa yg nak aku share hari ni ialah tentang kejadian lucu yg berlaku ketika aku dan family pergi makan di Arnold's <<< perhatikan ejaan nama ni baik2 ye...

Seperti biasa selepas aje pesanan kami sampai aku pun sibuk memetik gambar. Petik gambar sana, petik gambar sini. Dah menjadi kebiasaan aku suka mengambil gmbar sebelum kami makan. Tapi apa yg nk aku nak sampaikan disini bukanlah pasal gmbar yg aku ambil, tapi tentang pasangan yg duduk disebelah kami.

Bukanlah niat aku nak 'kepo' tentang Makcik dan Pakcik ni tapi perhatian aku tertumpu kat mereka bila Pakcik(A) ni memulakan perbualannye dgn seorang teman yg kebetulan juga datang ke kedai makan tersebut. Selepas menyambut salam dari kawannye, Pakcik(A) pun berbual2 lah dgn kawannye yg duduk di meja sebelah. Pakcik(A) ni nampak 'rock' sikit la coz rambut nye panjang hingga mencecah bahu walaupun telah di ikat. Perbualan beliau juga agak kuat sehinggakan kami boleh mendengar setiap perbualan mereka (I guess bukan kami saja yg bole mendengar tapi orang2 yg dimeja lain juga bole). Dari perbualan beliau aku mendapat tahu yg Pakcik(A) ni dah 20 tahun tidak berkunjung ke Arnold's. Selepas berbual2 makanan yg beliau pesan pun tiba. Perbualan mereka terhenti di situ kerana Pakcik(A) dah nk start makan, manakala Pakcik(B)baru nk buat ordering.

Ketika aku dah family sibuk menjamu selera, tiba2 aku terdengar perbualan Pakcik(A) berbual dgn sesaorang di talipon bimbitnya (fuhhh...aku dah gunakan perkataan higher mother-tongue ni...). At first aku tak perasan tetapi bila my girl yg duduk disebelah aku dah tersenyum2 kambing, aku suspect mesti ada yg tidak kena. Seminit selepas tu aku pun terdengar apa yg my girl dengar....

Pakcik: Saya kat Geylang dgn orang rumah saya makan ayam kat Anold.

Mendengarkan kata2nye aku pun understand la kenapa anak aku tersenyum dari tadi. Aku pun action berbual2 dgn my gerl kerana tidak mahu Pakcik kat sebelah kami suspect yg kami ni dah 'spot' dia berbual. Kemudian aku terdengar lagi....

Pakcik: "Ohhhh...dah makan dah. Ahhh? takde la...saya makan 3 spring."

Kali ni aku terus menoleh ke arah beliau dan melihat pinggan makannye. Betol ke Pakcik ni mkn 3 spring ??? (sedangkan kami bertiga makan 1 spring je!!). 3 spring banyak dokkkk... 3 ekor tuu!! . Tenyata apa yg aku dengar dan yg dikatakan oleh Pakcik tu salah. Pakcik tu tak makan 3 spring chicken, tapi hanya makan 3 pcs chicken..hehehehe. Kali ni aku betol2 tak dpt menahan hati lagi. Saappppppp...aku pun berlindung disebelah hubby dan terus ketawa (nasib baik la hubby aku ni besar orangnye, dpt jugak aku berlindung kat sabelah beliau, kalau la dia pun kecik mcm aku...hmmmm...nampak2nye terpaksalah aku masuk bawah meja utk ketawa). My girl yg terlebih awal perasan apa yg berlaku tidak dpt menahan dirinye. Dia terus ketawa sambil menyucuk2 ayam yg kami makan dgn garpunye.

Suami aku yg tengah 'syoik' makan tidak perasan apa yg berlaku. Beliau memandang kami dan bertanya..."kenapa?" Aku cuma menggilingkan kepala dan berkata "later I tell you." Sejurus kemudian barulah my hub perasan apa yg berlaku apabila Pakcik tu menyebut 'anold-anold' beberapa kali.

Buat Pakcik tersebut...MAAF ye!! KAMI tak sengaja nak ketawa tapi dah terdengar. Walau bagaimana pun....."I know what you ate at Anold.. 3 Spring"...hahahahahahaha

Moral of the story 1: Jgn berbual kuat2 apabila sedang makan. Kerana ini akan menyukarkan sebutan yg ingin di sebut (arnold jadi anold...) dan orang akan dengar apa yg dibualkan.

Moral of the story 2 (buat aku): Lain kali kalo makan jgn kepo...pasang ear plug or ear piece, jadi bila orang bebual tak dengar...ahakkkkk!!!

How do feel about your exams???!!!